Sembahyang Fardhu Maghrib

Firman Allah Ta’ala dalam Surah An-Nisa’ ayat 103:

 “Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.

Daripada Jabir bin Abdullah r.a. dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:

Sembahyang lima waktu seumpama sungai yang mengalir dengan air yang begitu banyak di pintu rumah seseorang kamu. Setiap hari dia mandi sebanyak lima kali. Jabir menceritakan, Al-Hasan telah berkata: “Dan yang demikian itu tidaklah meninggalkan kotoran sedikitpun”

(Hadith Riwayat Muslim)

BILAKAH WAKTUNYA UNTUK MENGERJAKAN SEMBAHYANG MAGHRIB?

JAWAPAN:

Waktu Maghrib bermula dengan terbenamnya matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya merah dan tidak ada lagi kesannya di sebelah barat.

Cahaya merah ialah saki baki daripada kesan cahaya metahari yang timbul ketika terbenam. Kemudian cahaya tersebut akan hilang sedikit demi sedikit ditelan oleh kegelapan malam. Apabila kegelapan semakin tebal dan menular ke arah ufuk barat serta kesan cahaya merah hilang, maka itu bermakna berakhirlah waktu maghrib dan bermulalah masuk waktu Isyak.

Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadith yang menerangkan waktu-waktu sembahyang. Antara lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

وقت المغرب ما لم يغب الشفق

Waktu Maghrib berterusan selama mana cahaya merah belum hilang

PANDUAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB

 

 

Disediakan oleh: Mohd. Faizul Azuwan bin Haji Ahim (IIDL008)