Sembahyang Fardhu Subuh

Sembahyang Subuh atau Solat Fajar adalah salah satu daripada sembahyang fardu lima waktu  yang diwajibkan ke atas umat Islam. Sembahyang Subuh terdiri daripada 2 RAKAAT.  Menurut Mazhab Syafie, sembahyang subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.

Ganjaran mendirikan Sembahyang Subuh amatlah besar sebagaimana disebutkan dalam hadis yang berbunyi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”- Diriwayat oleh At-Tarmizi

1. CARA MENDIRIKAN SEMBAHYANG SUBUH (VIDEO)

2. CARA MENDIRIKAN SEMBAHYANG SUBUH (SLAID)

3. KUIZ SEMBAHYANG SUBUH

- Tajuk ini dikendalikan oleh  : 11DL004 : Izwandy Bin Hj Hamdan -