Sembahyang Fardhu Zuhur

Solat Zuhur atau Solat Zohor merupakan salah satu daripada solat fardu . Solat Zohor terdiri daripada 4 rakaat.

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Hukum Sembahyang Fardu Zuhur adalah Wajib ke atas setiap orang Islam yang mukallaf.

Mukallaf ialah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal (akil baligh) serta telah sampai seruan agama (Syariat Islam) kepadanya

  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  • Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

Waktu Solat Zuhur

Mulai daripada tergelincir matahari daripada tengah-tengah langit hingga bayang sesuatu benda itu sama panjangnya.

Hukum Sembahyang Zuhur

Hukum bagi mengerjakan sembahyang fardu zuhur ke atas setiap orang islam adalah Wajib

Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً  ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat tunai keranaAllah Taala,

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً  إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat tunai menjadi imam keranaAllah Taala

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا  ِللهِ تَعَالىَ

Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat tunai menjadi makmumkeranaAllah Taala

CARA SEMBAHYANG FARDU ZUHUR ( VIDEO)

Disediakan oleh: Mohamed Sofian bin Abdul Hamid (IIDL006)